Trip medan 2hb – 6hb mac 2012
TUKTUK(SAMOSIR ISLAND) - KAMPUNG TOMOK - KAMPUNG AMBRITA
Ahad 4hb Mac 2012
Selesai bersarapan pagi ni, kami mulakan perjalan untuk menjelajah kawasan pulau Samosir ni. Tempat pertama yang kami pergi adalah ke Kampung Tomok, Di Kampung ada sejarah tersendiri yang cukup menarik.
Permulaan pintu masuk kampung |
jual ikan kering pun ada |
keychain rumah batak (harga average Rp8k-12k untuk sepuluh biji) pandai2 la menawar ye |
Pelbagai barangan ole2 yang menarik |
Selesai memerhati sekitar kedai2 yang ada disepanjang jalan. Tiba masa nak masuk ke tempat permakaman. Pengunjung akan diminta memakai selimpang ini sebagi tanda menghormati adat mereka. (terasa macam miss universe gitu..ha3)
Kami disarankan oleh supir supaya mengambil pencerita ini. Bayaran tak silap hanya Rp 20k. Mereka akan bercerita kisah Kampung ini. Dan tentu yang paling menarik adalah kisah Raja mereka Raja yang ke II bernama Raja Ujung Barita Naibatu Sidabutar dan tunang Anting Malela Boru Sinaga yang bertunang selama 10 tahun tapi gagal disatukan serta sejarah pemerintahannya. Boleh baca tentang cerita ini di sini & sini.
Kenapa ada 4? |
Disana simbol seperti diatas ni akan kerap korang nampak. Ini adalah simbol payudara - melambangkan kesuburan orang perempuan. Masa tu perempuan pilihan adalah yang berbadan gemuk (subur katanya) dan anak2 mereka pun sangat ramai boleh jadi sepasukan bola sepak. :-) Cicak yang mengadap ke arah payudara tu adalah mengingatkan anak2 yang pergi merantau ke manapun mestilah mengingati ibu mereka.
tukang cerita |
ini la patung Anting Malela (tunang raja) |
makam2 yang lain |
makam Raja (dikatakan rambut panjangnya sakti, sapa nak dapatkan jodoh boleh pegang rambutnya ye) Patung Anting Malela di belakang Patung Tengku Moh. Said di bawah (panglima Raja) |
Sambung lagi nanti k..
No comments:
Post a Comment