Selamat akhir tahun 2012..
sekejap je masa berlalu, umur pun makin bertambah..
Apa azam tahun baru ni?
Kitaorang pun ada beberapa azam untuk tahun baru ni..harap tercapai. Kena berusaha keras lagi dari tahun 2012 ni.
Ok, kita tinggalkan dulu tentang azam tu. Kami nak cerita tentang makanan jepun ni. Rasanya bermula tahun ni kami agak kerap mencari2 makanan jepun. Dan sebenarnya sudah beberapa kali juga kami mencuba beberapa tempat makan yang ada menyediakan makanan jepun. Antaranya Shogun (sunway pyramid), Jogoya (starhill), Sakae (Subang Parade & IOI Mall puchong) dan yang paling femes rasanya tentulah Sushi King(kami pergi di IOI Mall Puchong).
Dan untuk kali ni kami review SK dulu ye.Menu ada pelbagai dan yang paling cik liza digemari shasimi salmon :-). cik Yan pula unagi & octopus. Selalu kami makan di Sakae dan baru2 ni mencuba SK. Sudah 2 kali. Pertama kali makan kami terus jadi member masa membayar dan dapat kupon RM20 untuk member. Dan kali kedua tentulah masa nak gunakan kupon tu. Siap tanya kat kaunter boleh dapat extra diskaun tak sebab member & nak guna kupon. Sah2 boleh. Apa lagi teruslah order dan menjamu selera. Tepi meja makan kita ada 1 trai yg membawa makanan2 lain. Kalau berkenan silalah sambar. Harga ikut warna plate. Tapi kalau nak menu besar2 kena order kat waiters, sebab kat trail cuma yang kecil2 sahaja. Dan setiap kali makan sushi ni kami biasa akan order air green tea panas, nak kata sedap kalau Cik Liza tu memang feberet dia. Tapi rasanya lebih 'jepun' gitu bila makan makanan jepun ni minum air green tea.
salmon yum2.... salmon crap agak mahal..rm9.90 tuk 5pcs..geram je nak tambah |
ni pingan 1st time kami makan. tak ingat berapa kena dalam rm50-60 |
Sudahnya kekenyangan...Alhamdulillah..
Bagi kami antara Sakae & SK. Kami lebih menggemari Sakae sebab pilihan macam lebih banyak. Harga?...hmmm macam lebih kurang je.
bil 2nd time makan... ngam2 je. tolak diskaun 10% tolak kupon...ngam2 RM30.50 boeh guna duit plastik (credit card) Berangan nak makan Sushi time belum gaji memang gini rupanya!!. |
Nanti kami update yang lain pula..setakat ni yang terbaik pernah kami cuba di Jogoya, Starhill. Kami bergi berempat masa buka puasa dulu. Sebab promosi...kalau tak Rm100+/seorang. Pengsan!! Tapi memang puas hati !!...dapat bonus la kot2 boleh mintak Cik Yan belanja...hahaha
No comments:
Post a Comment